Sejarah PAS Relief

PAS Relief ditubuhkan pada Mac 2017, Matlamat khusus penubuhannya antara lain adalah untuk memberi fokus yang serius kepada isu kemanusiaan dalam kalangan Muslim Rohingya di Arakan Myanmar, di kem-kem pelarian, di kalangan komuniti Rohingya di Malaysia dan seluruh dunia.

Selain itu HRC @ PAS Relief akan menjadi plarform mengumpul dan menyalurkan bantuan daripada PAS dan seluruh rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa tragedi kemanusiaan di seluruh dunia.

PAS Relief juga akan menjadi pusat pengembelengan sumber dan kepakaran, penganjur program dialog dan perundingan dalam usaha membina peradaban manusia yang menjunjung tinggi nilai-nilai dan norma-norma kemanusiaan sejagat[2].